CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, November 17, 2008

PERADUAN KUIZ AGAMA PERINGKAT DALAMAN

ISNIN : 17 hb. November 2008, Badan Keagamaan sekolah mengungkayahkan Peraduan Kuiz Agama peringkat dalaman.  Tetamu kehormat di majlis itu ialah Cikgu Abdul Kani bin Abdullah Ulang, Pegawai Pelajaran Kanan Daerah Tutong 2.  Majlis bermula jam 9.00 pagi di Dewan Sumbangsih Sekolah Rendah Long Mayan Tutong II.  Antara jemputan yang dijemput hadir ialah pegawai-pegawai daripada Jabatan Sekolah-Sekolah Tutong, Pegawai-Pegawai daripada Jabatan Pendidikan Kokurikulum Tutong, Persatuan Ibu bapa dan Guru SR. Long Mayan, Ibu bapa dan penjaga murid.



Pentas pertandingan





Murid-murid dan para peserta kuiz





Tetamu kehormat bersama pengerusi majlis dan para jemputan



Ucapan alu-aluan daripada guru besar

Inti pati ucapan :
- Jutaan terima kasih kepada tetamu kehormat dan para jemputan yang hadir menjayakan majlis
- Syabas dan tahniah kepada Badan Keagamaan Sekolah
- Pertandingan yang diungkayahkan adalah sebagai suatu pendedahan kepada murid-murid agar berani tampil di halayak ramai, membuka minda dan setanding dengan sekolah-sekolah lain di luar sana.
-  Mengeratkan silaturahim di antara guru  dengan ibu bapa murid.       
 


Kumpulan A'dwa (Cahaya)


Persembahan Nasyid 
[Sebelum keputusan pemenang kuiz diumumkan]



Murid-murid tidak sabar menanti keputusan pemenang kuiz



Tetamu kehormat menyampai hadiah kepada para pemenang kuiz