CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 2, 2008

MAJLIS PENUTUP SEKOLAH dan SUKAN RIA


AHAD - 30 November 2008, dilangsungkan Majlis Penutup Sekolah & Sukan Ria bagi SR. Long Mayan Tutong II.  Tetamu kehormat majlis ialah Cikgu Hj. Saiful Ashura bin Hj. Abd. Aziz, mantan guru besar Sekolah Rendah Long Mayan pada tahun lepas.

Hadir sama bagi memeriah dan menyemarakan majlis tersebut ialah Penghulu Mukim Ukong [Awg. Hj. Omar bin Abd. Aziz], Ketua Kampong Long Mayan [Mohd. Eddy Sofian bin Abdullah], Pegawai daripada Unit Hal-Ehwal Antarabangsa dan Pehubungan Awam MOE [Alihan Awg. Tengah], Majlis Perundingan Kampung, PIBG SR. Long Mayan, dan penduduk kampung & persekirarannya.

Menyambut majlis penutup sekolah pada hari Ahad sepertinya menjadi tradisi bagi sekolah-sekolah di kawasan pedalaman.  Ini adalah bagi memberi peluang atau kesempatan kepada penduduk kampung untuk keluar beramai-ramai menyaksikan aksi anak-anak mereka membuat persembahan atau aktiviti sukan yang direncanakan.

UCAPAN PENGERUSI
Intisari ucapan :
  • Kerjasama dan komitmen yang padu daripada penduduk kampung menjayakan majlis penutup sekolah dan sukan ria adalah sangat dihargai dan diharap akan terus dikekalkan dari masa ke semasa.
  • Pencapaian akademik murid-murid pada Tahun 2008 menampakan  peningkatan yang ketara.
  • Pencapaian 100% lulus dalam PSR 2008 sangat membanggakan dan diharap akan terus dipertahankan.
  • Mulai Tahun 2009 SPN21 mula dilaksanakan bagi Tahun 1 & Tahun 4
  • Pihak sekolah berazam untuk membawa sekolah ke mercu yang lebih baik.

PERSEMBAHAN PENTAS
Lakonan yang 'simple' tetapi membawa mesej yang bermakna.
[Simple yet meaningful]


Aksi Darjah 1 yang lucu dan mengasyikan


PERSEMBAHAN PENDUDUK KAMPUNG

Lakonan yang menarik perhatian penonton



Persembahan tarian yang memukau perhatian



ANTARA SUKAN RIA YANG MENARIK DAN MENCUIT PERASAAN




Acara Sukan Ria diawali dengan 'Senam Aerobik Ala Joget'.  Kelihatan aksi Tetamu Kehormat yang tidak melepaskan peluang bersama-sama guru dan penduduk kampung melakukan pergerakan joget.



Pelik tetapi benar! Acara membuka kulit kelapa tua dengan sepotong kayu.



Acara memakai baju kurong bagi guru-guru lelaki.  Ada-ada saja kamu ani!  
Inilah cabaran SPN21




Aksi guru-guru perempaun  berjalan menggunakan 'Selipar Jepun' yang dilumuri minyak makan sambil memegang payung.   
Moralnya: Perjalanan SPN21 biarlah berjalan lancar dan licin.




Acara  'Musical Chair'  bagi kanak-kanak 8 tahun ke bawah menambah keceriaan acara.


 

Atas permintaan ramai, 'Senam Aerobik Ala Joget' dilakukan sekali lagi sebagai acara penutup.


PENGHARGAAN:

Sekalong penghargaan kepada Tetamu Kehormat Majlis, Penghulu Mukim Ukong, Ketua Kampong Long Mayan, Guru-guru, Majlis Perundingan Kampung, PIBG SR. Long Mayan, ibu bapa & penjaga murid, murid-murid dan sesiapa sahaja yang melibatkan diri menjayakan Majlis Penutup Sekolah pada hari itu.