CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, April 2, 2009

SAJAK: SR. LONG MAYAN TUTONG DALAM KENANGAN



Dalam nadi-nadi menyusur dunia pendidikan mu
engkau tetap bersama di hati
betapa pilunya mengenangkan jasa dan budi mu
sejak sekian lama engkau teguh berdiri sama
dalam mencorak mendidik anak-anak peribumi
sebuah kampung yang bernama Kampong Long Mayan

Namun apakan daya
disini jua tanggal 1 April 2009 satu detik sejarah
pada hari-hari seterusnya nama mu tiada lagi disisi
dalam 14 buah sekolah rendah kawasan Tutong II
Hanya tinggal sebuah ladang bangunan yang mengusik jiwa
kerana aku pernah bersama mu 10 purnama yang berlalu

biarlah engkau meninggalkan kami
dalam sejarah untuk dikenang bersama usia perjalanan ini
engkau tetap dalam ingatan untuk selama-lamanya

tinggallah........
engkau dalam kekosongan
terima kasih atas budi mu segunong intan
relakanlah kepergian kami ini
kerana hari ini hari terakhir bersama mu
esok dan hari-hari seterusnya kami penghuni mu selama ini
tiada lagi di sisi mu
engkau tiada lagi mendengar suara-suara guru dan anak-anak didiknya
cuma cicak dan tikus masih bergema

Usah engkau bimbang
bekas penghuni mu masih bernafas panjang
dengan berbekalkan semangat
kerana penghijrahan ini
tiada di mana-mana
cuma sang guru bertaburan entah di mana
namun semangat tetap jitu jua

tinggallah......
meski pun bekas-bekas telapak kaki dan tangan
tiada lagi kedengaran dan bekasnya
hata debu-debu kapur tulis puntiada lagi berterbangan
namun kalian masih dikenang
biarlah sejarah sahaja mengukirnya
sebagi tetapan bersama
manalah tahu esok dan lusa
engkau akan wujud di pangkuan warga mu semula.


ieoon
1 April 2009

0 comments: